Siapa Lagi Di Blog Saya




Thursday, July 7, 2011

Karya Tuah

Ada suatu hari tu saya terperasan Tuah sedang melukis dalam "paint". Dalam hati "aik mana budak ni blajaq?" Seingat saya dan suami mmg kami xpernah guna atau ajar dia pun. Hairan jugak lagipun si Tuah ni belum pandai membaca lagi. Nak kata di tadika ada ajaq kelas komputer xjugak rasanya. Kalau di rumah ni main game pandailah dia. Lepas diselidik rupa2nya dia main click saja & bila dia dah try byk kali so dia pun taulah mcm mana nak guna setiap function dalam tu. Siap ajar mama dia lagi cam mana nak guna. Hehehe.


Jom tgk hasil nukilan Tuah!!



Tajuk : Kereta Lumba. Lukisan ni dia dapat idea lepas main satu game yg dia download dari internet.

Yang ni pulak dia pun xingat apa benda yg dia lukis. hehehe

Lukisan ni plak ilham daripada kartun Super Strikers (eh betoi ka eja ni..)

Yang ni plak lukisan tema angkasawan

Skali tgk macam gambaq kucing dua ekoq kan? Tapi Tuah ckp yg ni gambaq umah.. kehkehkeh

Lukisan ni tentang pemandangan di tepi pantai. Yg kat tgh laut tu apa benda pun xtau lah nak kata.. saya ni mmg failed bab2 mentafsir seni lukisan neh

TEJA oh TEJA...

Walaupun kejadian ni dah berlalu tapi saya masih trauma... Actually xda lar benda yg serius terjadi kat puteri kesayangan saya neh cuma apa yg berlaku ckp memberi pengajaran kepada saya dan suami agar lebih prihatin dengan kesihatan anak2. Tak sangka daripada batuk yg biasa2 pada mulanya akhirnya membawa kepada jangkitan kuman pada paru2 ataupun disebut pneumonia. Hampir dua belas hari jugaklah saya berkampung di wad kanak2 (5A) Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.  Selama di sana pelbagai pengalaman yg dilalui dan kenalan baru yg dapat saya dekati seharian. Al maklum lah saya ni jenis yg ringan mulut jugak..

Walaupun terpaksa menjaga anak di hospital namun tugas sebagai seorang guru tidak saya abaikan. Dalam keadaan yg tidak cukup rehat dan tidur saya gagahkan diri jugak untuk ke sekolah. Alhamdulillah pihak sekolah amat memahami terutama puan pengetua kami yg sgt prihatin.



Hari kedua di hospital. Time ni Teja masih lemah. xaktif & susu pun kurang minum daripada biasa.

Suhu dalam wad sgt sejuk. Mama sendiri pun xtahan. Siang hari pun bersweater.

Teja dipangku Mak Lang Ma yang datang melawat

Pengunjung setia kami.. siapa lg kalau bukan 2org heroku


Teja bersama 2org pelajar perubatan yg dtg wat ulangkaji utk final exam mereka


xingat ni hari yg ke berapa pasal date setting kat kamera xbetoi. Kesian Teja asyik kena cucuk utk masuk ubat

Doa mama masa ni.. semoga Teja cepat sembuh & boleh blk rumah


Hari kesebelas.. Mama hampir gaduh ngn doktor pelatih pasal cucuk Teja kat merata tempat. Kesian Teja meraung kat dlm bilik rawatan hampir 30minit. Akhirnya mama pergi selamatkan Teja. Tapi lepas tu Teja kena jugak cucuk dengan MO... huhuhu. Abeh lebam2 kt tgn & kaki Teja kesan jarum 

Ni gambar terbaru.. alhamdulillah Teja dah sihat & semakin aktif

I'm Back!!!

Sejak kembali bertugas di sekolah selepas 90 hari "berhoney moon" di rumah, tugas saya makin bertambah. Masa untuk bersenggang juga semakin terbatas. Hinggakan laman kesayangan yang saya bangunkan semasa bercuti panjang dulu tak sempat saya jengah walau seminit. Jika sebelum ni saya sangat risau dengan berat badan yang tegar hendak turun selepas bersalin tempoh hari tetapi selepas dua bulan berada di sekolah berat saya sudah kembali normal (45kg). Kalau dulu saya risau tidak dapat melaram dengan baju2 lama saya tapi alhamdulillah dah boleh pakai kesemuanya tanpa ragu2 lagi. hehehe..

Time ni baru lepas pantang badan belum susut lagi.. tgk muka pun kembang semacam ja

Gambar terbaru belum ada lagi.. asyik amek gambar anak2 ja

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG MAMA TUAH.. JANGAN MALU2, JEMPUTLAH DATANG LAGI...