Siapa Lagi Di Blog Saya




Wednesday, February 9, 2011

Berpantang

Teja ni macam ikut muka abah die jer..
Hari ni baru hari ke 13 aku berpantang. Alahai.. lambat gi nak sampai 44 hari. Bukan apa rasa macam "terpenjara" dalam rumah sendiri ja. Ok nak bercerita pasal berpantang ni, macam2 versi n info yang aku dapat terutama sekali tentang bab makanan. Ada yang kata ikan kembong xble mkn pasal takut gatal.. Ada jgk yg ckp ikan bilis boleh makan.. Biasalah, bak pepatah kata 'lain padang, lainlah belalang'. Kalau ikut org tua dulu2 mmg cara berpantang mereka sgt ketat. Bayangkan air masak xboleh minum langsung, asyik minum air akar kayu ja. Dah tu siap kena berdiang kat sebelah api lagi. Kalau ikut cakap doktor plak, mcm2 benda leh mkn. Hum.. kalau difikir2 betoi jgk ckp doktor tu kan. Abeh kalu suma benda xleh mkn khasiat apa ja yang kita dapat kalu hari2 mkn nasi kosong dgn ikan kering ja? Makan, makan jugak tapi kena ingat makanan sejuk n angin macam bayam, labu, kundur, kangkung, timun, pisang, nangka, ubi, cendawan, kacang panjang, terung dsb mmg xboleh mkn lg. Tahaq lar sat..

Gambaq hiasa jer ni.. lepas abeh pantang baru leh makan suma sayur2 dalam gamba ni tau!
Bertunku, mandi air akar kayu dan mengurut mmg dah jadi amalan masyarakat kita sejak dulu2 lagi. Bagi ibu2 yang bersalin secara normal mmg xdapat lari dari tiga aktiviti yang wajib kena wat dalam tempoh berpantang 44 hari neh. Kekerapan bertunku bergantung jgk pada kerajinan aku lah. Biasanya 2-3x ja sehari. Hehehe. Hum.. mengurut plak, insyaallah minggu ni aku akan balik mengurut di kampung. Bukan sebab kat sini xdak bidan yang berkebolehan, sebab dah terlanjur masa balik kampung minggu lepas aku mengalami bengkak susu yg kritikal. So terpaksalah mintak bantuan bidan di sana untuk mengurut bahagian tersebut..  Alhamdulillah sekarang dah ok n baby pun boleh menyusu dengan lancar.

Inilah tunku seberat 5kati yang aku guna untuk menunku perut
Selain amalan-amalan di atas, aku jugak tak miss untuk makan ubat@jamu. Ubat@jamu ni mmg penting untuk nak pulihkan luka-luka dalaman dan jugak untuk kembalikan tenaga selepas bersalin. Maklumlah proses nak melahirkan anak ni sangat susah dan menyakitkan silap haribulan nyawa pun buleh melayang. Selain makan ubat yang hospital bekalkan aku jugak mengambil produk bersalin keluaran Syarikat Leesa Kosmetik dan DCL. Since anak kedua lagi aku dah guna produk ni dan alhamdulillah kesannya amat memuaskan. Apa yang penting ia sesuai untuk ibu dan anak.


ubat & jamu wajib kena makan baru cepat sembuh


4 comments:

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG MAMA TUAH.. JANGAN MALU2, JEMPUTLAH DATANG LAGI...