Siapa Lagi Di Blog Saya




Thursday, July 7, 2011

Karya Tuah

Ada suatu hari tu saya terperasan Tuah sedang melukis dalam "paint". Dalam hati "aik mana budak ni blajaq?" Seingat saya dan suami mmg kami xpernah guna atau ajar dia pun. Hairan jugak lagipun si Tuah ni belum pandai membaca lagi. Nak kata di tadika ada ajaq kelas komputer xjugak rasanya. Kalau di rumah ni main game pandailah dia. Lepas diselidik rupa2nya dia main click saja & bila dia dah try byk kali so dia pun taulah mcm mana nak guna setiap function dalam tu. Siap ajar mama dia lagi cam mana nak guna. Hehehe.


Jom tgk hasil nukilan Tuah!!



Tajuk : Kereta Lumba. Lukisan ni dia dapat idea lepas main satu game yg dia download dari internet.

Yang ni pulak dia pun xingat apa benda yg dia lukis. hehehe

Lukisan ni plak ilham daripada kartun Super Strikers (eh betoi ka eja ni..)

Yang ni plak lukisan tema angkasawan

Skali tgk macam gambaq kucing dua ekoq kan? Tapi Tuah ckp yg ni gambaq umah.. kehkehkeh

Lukisan ni tentang pemandangan di tepi pantai. Yg kat tgh laut tu apa benda pun xtau lah nak kata.. saya ni mmg failed bab2 mentafsir seni lukisan neh

TEJA oh TEJA...

Walaupun kejadian ni dah berlalu tapi saya masih trauma... Actually xda lar benda yg serius terjadi kat puteri kesayangan saya neh cuma apa yg berlaku ckp memberi pengajaran kepada saya dan suami agar lebih prihatin dengan kesihatan anak2. Tak sangka daripada batuk yg biasa2 pada mulanya akhirnya membawa kepada jangkitan kuman pada paru2 ataupun disebut pneumonia. Hampir dua belas hari jugaklah saya berkampung di wad kanak2 (5A) Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.  Selama di sana pelbagai pengalaman yg dilalui dan kenalan baru yg dapat saya dekati seharian. Al maklum lah saya ni jenis yg ringan mulut jugak..

Walaupun terpaksa menjaga anak di hospital namun tugas sebagai seorang guru tidak saya abaikan. Dalam keadaan yg tidak cukup rehat dan tidur saya gagahkan diri jugak untuk ke sekolah. Alhamdulillah pihak sekolah amat memahami terutama puan pengetua kami yg sgt prihatin.



Hari kedua di hospital. Time ni Teja masih lemah. xaktif & susu pun kurang minum daripada biasa.

Suhu dalam wad sgt sejuk. Mama sendiri pun xtahan. Siang hari pun bersweater.

Teja dipangku Mak Lang Ma yang datang melawat

Pengunjung setia kami.. siapa lg kalau bukan 2org heroku


Teja bersama 2org pelajar perubatan yg dtg wat ulangkaji utk final exam mereka


xingat ni hari yg ke berapa pasal date setting kat kamera xbetoi. Kesian Teja asyik kena cucuk utk masuk ubat

Doa mama masa ni.. semoga Teja cepat sembuh & boleh blk rumah


Hari kesebelas.. Mama hampir gaduh ngn doktor pelatih pasal cucuk Teja kat merata tempat. Kesian Teja meraung kat dlm bilik rawatan hampir 30minit. Akhirnya mama pergi selamatkan Teja. Tapi lepas tu Teja kena jugak cucuk dengan MO... huhuhu. Abeh lebam2 kt tgn & kaki Teja kesan jarum 

Ni gambar terbaru.. alhamdulillah Teja dah sihat & semakin aktif

I'm Back!!!

Sejak kembali bertugas di sekolah selepas 90 hari "berhoney moon" di rumah, tugas saya makin bertambah. Masa untuk bersenggang juga semakin terbatas. Hinggakan laman kesayangan yang saya bangunkan semasa bercuti panjang dulu tak sempat saya jengah walau seminit. Jika sebelum ni saya sangat risau dengan berat badan yang tegar hendak turun selepas bersalin tempoh hari tetapi selepas dua bulan berada di sekolah berat saya sudah kembali normal (45kg). Kalau dulu saya risau tidak dapat melaram dengan baju2 lama saya tapi alhamdulillah dah boleh pakai kesemuanya tanpa ragu2 lagi. hehehe..

Time ni baru lepas pantang badan belum susut lagi.. tgk muka pun kembang semacam ja

Gambar terbaru belum ada lagi.. asyik amek gambar anak2 ja

Sunday, April 24, 2011

KUALI OH KUALI!

Ni ala-ala rancangan JALAN-JALAN CARI MAKAN jugak lar.. Cuma yg ni bestnya dapat bersantai di samping  dapat wat terapi minda sekali (ayat NORA). Haha.. kelas gitu!! Actually story aku melepak di rumah Hasni selama beberapa hari ni dah suam-suam kuku pon tapi blom lagi sampai tahap basi. Saja dok peram dulu sambil2 cari idea menarik utk menulis kat sini.

Sebelom tu mmg aku dah ada plan nak pi wat kelas memasak di umh Hasni. Kebetulan plak haritu pam tangki air kat kuaters rumah aku ni rosak, jadi dah alang2 tumpang mandi aku pon tumpang lar tido skali..

So, lets check it out apa aktiviti aku kat sana. Jom layan...



Anas, Anis & Rizky.. baru mula nak berkawan pakat2 segan lagilah. tapi lepas tu.. jenuh betempik 


Anis yg comel.. malu2 nak possing


Tuah kena kuarantin di umah. 4 org ni pun dah ckp menggamatkan suasana


"Abg Anas punya 2kpg.. Dik key ngn Anis sorg 1 ja tau!"


 
Sempat jgk aku curi-curi snap beberapa sudut kat umh Hasni.. hehehe

Ruang untuk menjamu selera

Ruang tamu luas & sgt selesa. Ada 1 gi ruang menonton pun lengkap ngn sofa cenggini.

Haa.. inilah dia ruang rehat & menonton tv. Lebih2 cam umh aku lar plak! Hehehe.. jgn marah Hasni no...


Asyik dok ceta pasal umh lar plak, lupa tentang point aku yg utama. Jeng! jeng! jeng! inilah dia antara resepi-resepi yg sempat Hasni "perturunkan" dekat aku. Hehehe.. Bukan senang nak dapat neh pasal suma ni secret resepi tau.. So kalu sapa2 nak resepi-resepi ni suma kena la mintak kebenaran dari sifu aku dulu keh.. Ok tunggu apa lg jom kita tgk!!!



Ini home made pizza ala Hasni. Sedap...


2 in 1.. daripada doh utk wat pizza tu leh splitkan menjadi roti juga. Hebatkan?


Haa.. Inilah dia Kek Coklat Eksklusif buatan Hasni. Memang sedap! So lepas ni aku xpayah tempah kek utk besday & raya lagi. Dah pandai wat sendiri.. jimat!!


Lemak berkrim! Puding roti kegemaranku...

Actually macam-macam lagi resepi  yg aku cedok dari Hasni seperti spageti, sup tulang, kerabu daging, kerabu pelam, megi goreng... Hahaha megi goreng pun masuk senarai ka? Tak kisahlah apapun janji leh tambah menu & improve aku punya skill masak pasni. So langkah yg pertama aku dah beli oven utk wat pizza. Anyway thanks a lot to Hasni sebab telah menaja kos makan & penginapan aku anak beranak! Hehehe..

Friday, April 22, 2011

CERITA TUAH DENGAN KUMONNYA




Pernah x nampak logo kat atas ni? Mesti terpernahkan.. Inilah tempat di mana Tuah belajar Matematik selain di sekolah tadikanya. Actually dah lama aku dan somi tahu tentang kelebihan KUMON ni cuma baru sekarang  masa yg paling sesuai untuk menghantar Tuah memandangkan prestasi akademiknya di tadika amat kurang memuaskan hati kami. Alhamdulillah selepas 3 bulan Tuah di KUMON dah nampak perkembangan berbanding di sekolah tadikanya. Cuma di sini subjek yang diajar hanyalah Matematik dan English. Bayaran bulanannya adalah standard iaitu RM120/month bagi satu subjek. Pada peringkat permulaan kami dinasihatkan untuk mencuba satu subjek dahulu. So lepas ni abah kena kerja kuatlah Tuah oi.. 2 subjek dah RM240 sebulan.

Jadual untuk kelas KUMON ni biasanya sudah ditetapkan tetapi ianya fleksibel. Maksudnya kita boleh pilih sendiri hari dan waktu yang kita kehendaki. Kelasnya pula cuma 2x seminggu dan setiap sesi hanya 1 jam. Selain belajar selama 2hari dalam seminggu di KUMON, pelajar juga akan diberikan 5 set latihan bagi setiap hari yg tiada kelas sebagai homework. Jadi di rumah parents kenala memantau anak2 semasa mereka membuat homework tersebut.

So kalau kawan2 nak tau lebih lanjut tentang KUMON, sila layari link berikut :




Jom tengok aktiviti TUAH di rumah..


Tengah tekun menyiapkan homeworknya


Setiap kali membuat homework mesti kena tulis nama, masa mula dan masa tamat latihan tersebut. Kira macam nak uji kepantasan pelajar gitulah kot..



Ini hasil kerja rumah yg telah disemak oleh cikgu


Inilah kesemua koleksi homeworks tuah sejak 4 bulan yang lalu..

Kata hatiku : Tuah, belajar rajin2.. mama & abah try to give u the best that we can sayang!

Tuesday, April 19, 2011

Di Suatu Petang

Rasanya dah agak lama kami sekuaga tak amek angin petang di Padang Golf Jitra. Ya la sejak pindah ke Tg. Malim 2 thn lepas... Actually tempat ni bukanlah kawasan padang golf pon.. tapi terletak bersebelahan padang golf jer. Hehe.. Hum.. bila dikenang2 banyak sungguh kenangan kami kat sini. Ingat lagi masa zaman aku bujang2 dulu slalu gak petang2 berjogging keliling tasik. Bestnya.. teringin nak bejogging semula tapi apakan daya keadaan sekarang x mengizinkan. So petang tu aku n anak2 just jalan2 kat tepi tasik jelah sementara tunggu abahnya berjogging.



Antara aksi2 yang sempat dirakam



Nyum! Nyum! Nyum!

Yeah!!! sayalah Hang Tuah


Cerr dok elok2 skit.. "Baik Mama!"

Teja bergaya dengan stroller barunya..


Abah yang slalu jaga stamina

Monday, April 18, 2011

Perabot Baru Ku...

Hahaha gimik jer tu.. actually aku baru ja borong perabot 2nd hand dari kawan baik aku si Hasni. Kebetulan si Hasni ni nak pindah rumah lar plak.. Baru nak bermesra-mesra ngn kawan lama dah nak berpisah plak. huhuhu. Kos untuk semua perabot2 ni dalam RM700 ja termasuk sewa lori n upah angkat barang. Berbaloi jgk lar dari nak beli baru punya tah bila baru dpt beli kan?

Hum.. apa lg nak ceta ek!!! Ok lah, bak kata nora biar gambar ja yg bercerita. So, jom layan picasooooo


Rak buku ni masih blom dikemas. Tunggu tuan empunya buku susun sendiri..

Almari drawer ni leh guna 2 in 1.. sebagai almari pakaian n tempat letak tv jugak! hahaha

Hasni jual katil n tilam ja ya... cadar n bantal tu sendiri punya

Ini tempat letak dapur. Size dia agak besar ckit. leh simpan mcm2 brg kat dlm tu

Jeng..jeng..jeng.. inilah satu-satunya tempat untuk bergoyang kaki di rumah. Alhamdulillah.. slesalah ckit pasni

Aha.. rak buku ni free gift dari Hasni. Alhamdulillah.. slesailah masalah kekurangan rak buku di rumah ni.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG MAMA TUAH.. JANGAN MALU2, JEMPUTLAH DATANG LAGI...