Siapa Lagi Di Blog Saya

Friday, April 22, 2011

CERITA TUAH DENGAN KUMONNYA




Pernah x nampak logo kat atas ni? Mesti terpernahkan.. Inilah tempat di mana Tuah belajar Matematik selain di sekolah tadikanya. Actually dah lama aku dan somi tahu tentang kelebihan KUMON ni cuma baru sekarang  masa yg paling sesuai untuk menghantar Tuah memandangkan prestasi akademiknya di tadika amat kurang memuaskan hati kami. Alhamdulillah selepas 3 bulan Tuah di KUMON dah nampak perkembangan berbanding di sekolah tadikanya. Cuma di sini subjek yang diajar hanyalah Matematik dan English. Bayaran bulanannya adalah standard iaitu RM120/month bagi satu subjek. Pada peringkat permulaan kami dinasihatkan untuk mencuba satu subjek dahulu. So lepas ni abah kena kerja kuatlah Tuah oi.. 2 subjek dah RM240 sebulan.

Jadual untuk kelas KUMON ni biasanya sudah ditetapkan tetapi ianya fleksibel. Maksudnya kita boleh pilih sendiri hari dan waktu yang kita kehendaki. Kelasnya pula cuma 2x seminggu dan setiap sesi hanya 1 jam. Selain belajar selama 2hari dalam seminggu di KUMON, pelajar juga akan diberikan 5 set latihan bagi setiap hari yg tiada kelas sebagai homework. Jadi di rumah parents kenala memantau anak2 semasa mereka membuat homework tersebut.

So kalau kawan2 nak tau lebih lanjut tentang KUMON, sila layari link berikut :




Jom tengok aktiviti TUAH di rumah..


Tengah tekun menyiapkan homeworknya


Setiap kali membuat homework mesti kena tulis nama, masa mula dan masa tamat latihan tersebut. Kira macam nak uji kepantasan pelajar gitulah kot..



Ini hasil kerja rumah yg telah disemak oleh cikgu


Inilah kesemua koleksi homeworks tuah sejak 4 bulan yang lalu..

Kata hatiku : Tuah, belajar rajin2.. mama & abah try to give u the best that we can sayang!

2 comments:

  1. gud boy tuah....bg non ada cerita anak kawan dia pi kelas kumon ni dulu, cepat dak pick-up? mahai gak no....

    ReplyDelete
  2. Hum mahai lar.. 8jam ja sebulan. So far tuah boleh lar jgk, blajaq cara segan dia.. Kalu ada basic english lg cpt pick up.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG MAMA TUAH.. JANGAN MALU2, JEMPUTLAH DATANG LAGI...