Siapa Lagi Di Blog Saya




Tuesday, April 12, 2011

Madu Kelulut

Pernah dengar tentang madu kelulut?
Bagi org2 sebelah utara ni sudah biasa menyebut madu dengan perkataan nisan. Biasanya orang lebih sinonim dengan madu lebah daripada madu kelulut dan orang itu termasuklah aku.. hehehe. Mengikut temubual yg aku buat dgn pengusaha madu atau nisan kelulut sendiri kelulut ialah sejenis serangga yang berwarna hitam seperti gambar di bawah. 
Nampak cam ganas ja kan? Tapi sebenarnya ia tidak merbahaya kepada manusia.
Actually proses untuk mendapatkan madu kelulut ini agak sukar berbanding madu lebah biasa. Ini kerana madu kelulut amat jarang sekali ditemui dan tempat persembunyian atau sarang kelulut ini berada di dalam batang pokok. Cer bayangkan, kalau dah dok dalam batang pokok macam mana nak dapatkan madu tersebut agaknya ya? Kalau tak percaya ha tgk gamba kat bawah ni.

Sejak akhir2 ni permintaan terhadap nisan kelulut ini semakin tinggi kerana khasiatnya yang tinggi dalam mengubati pelbagai jenis penyakit. Aku jugak tak ketinggalan untuk mencubanya kerana ia dikatakan amat baik bagi menyembuhkan luka-luka dalaman. Ye lah aku kan baru lepas bersalin..
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang khasiatnya aku jugak telah membuat pencarian  di dalam google. Antara khasiat2nya seperti yang aku telah aku baca ialah ia dapat mengubati pelbagai penyakit seperti asma, barah, buasir, batung kering, resdung, jerawat, sakit sendi, sakit pinggang, lemah jantung, gastrik, masalah haid dan sebagainya.
Selain penyakit2 di atas, ia juga dikatakan dapat :
  • meningkatkan metabolisme badan
  • menambahkan stamina dan membekalkan tenaga
  • melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan
  • mengandungi  agen antioksidan yg boleh mengurangkan aktiviti kemusnahan sel
  • mengubati luka-luka
  • meningkatkan keupayaan seks seseorang
  • sesuai juga untuk tujuan kecantikan
Ok, jika ada sesaper yang berminat untuk mencubanya boleh lar menghubungi saya di talian 017-4838745. Di bawah ni gamba sampel packing size madu kelulut. Jika permintaan tinggi harga boleh mencecah sehingga RM70 sebotol. Apapun harga boleh negotiate (bergantung pada stok).
Dah tinggal sikit pasal hari2 dok minum. Kanak2 pun boleh minum jugak tau..


2 comments:

  1. Saya memang percaya khasiat madu untuk kesihatan.
    Selalunya madu kelulut nie apa warnanya?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. ermm.. brape gram untuk botol saiz mcm dalam gmbr tu? mahal jga..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG MAMA TUAH.. JANGAN MALU2, JEMPUTLAH DATANG LAGI...