Siapa Lagi Di Blog Saya




Thursday, July 7, 2011

TEJA oh TEJA...

Walaupun kejadian ni dah berlalu tapi saya masih trauma... Actually xda lar benda yg serius terjadi kat puteri kesayangan saya neh cuma apa yg berlaku ckp memberi pengajaran kepada saya dan suami agar lebih prihatin dengan kesihatan anak2. Tak sangka daripada batuk yg biasa2 pada mulanya akhirnya membawa kepada jangkitan kuman pada paru2 ataupun disebut pneumonia. Hampir dua belas hari jugaklah saya berkampung di wad kanak2 (5A) Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.  Selama di sana pelbagai pengalaman yg dilalui dan kenalan baru yg dapat saya dekati seharian. Al maklum lah saya ni jenis yg ringan mulut jugak..

Walaupun terpaksa menjaga anak di hospital namun tugas sebagai seorang guru tidak saya abaikan. Dalam keadaan yg tidak cukup rehat dan tidur saya gagahkan diri jugak untuk ke sekolah. Alhamdulillah pihak sekolah amat memahami terutama puan pengetua kami yg sgt prihatin.



Hari kedua di hospital. Time ni Teja masih lemah. xaktif & susu pun kurang minum daripada biasa.

Suhu dalam wad sgt sejuk. Mama sendiri pun xtahan. Siang hari pun bersweater.

Teja dipangku Mak Lang Ma yang datang melawat

Pengunjung setia kami.. siapa lg kalau bukan 2org heroku


Teja bersama 2org pelajar perubatan yg dtg wat ulangkaji utk final exam mereka


xingat ni hari yg ke berapa pasal date setting kat kamera xbetoi. Kesian Teja asyik kena cucuk utk masuk ubat

Doa mama masa ni.. semoga Teja cepat sembuh & boleh blk rumah


Hari kesebelas.. Mama hampir gaduh ngn doktor pelatih pasal cucuk Teja kat merata tempat. Kesian Teja meraung kat dlm bilik rawatan hampir 30minit. Akhirnya mama pergi selamatkan Teja. Tapi lepas tu Teja kena jugak cucuk dengan MO... huhuhu. Abeh lebam2 kt tgn & kaki Teja kesan jarum 

Ni gambar terbaru.. alhamdulillah Teja dah sihat & semakin aktif

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG MAMA TUAH.. JANGAN MALU2, JEMPUTLAH DATANG LAGI...