Siapa Lagi Di Blog Saya




Tuesday, April 5, 2011

Tentang Dia..


Hum.. cepatnya masa berlalu. Hari ni Teja dah 2 bulan lebih pun (67 hari). Nampaknya tak sampai sebulan lagilah aku akan start mengaja balik. Huhuhu. 2, 3 hari ni aku dan cuba train Teja untuk menyusu botol tapi dia xmau lar plak. Haru mcm ni.. Kalau dia terus menolak lagi lepas ni risau lah jugak sebab byk story yg aku denga tentang baby yg xmau menyusu botol ni. Ada 1 kes tu, ibu baby tu terpaksa rushing balik waktu rehat tiap2 hari utk menyusukan babynya. Kes satu lagi ni plak ibu baby tu terpaksa bekalkan nestum kepada pengasuh utk gantikan susu. Bayangkan dari pagi sampai tengahari baby tu xminum susu n hanya makan nestum sahaja, dah lar masa tu baby tu kecil lagi. Sebelum ni abang2 Teja ok je lah, xdak masalah nak menyusu botol. Harap2 lepas ni Teja pun maulah menyusu botol.

Info terkini tentang Teja :
1. Beratnya sudah mencecah 4.35kg. Masa lahir dulu hanya 2.7kg.
2. Bila lapar dia akan menghisap jarinya berbanding dulu akan menangis bila lapar.
3. Sudah pandai senyum sikit2..
4. Cuba untuk berkomunikasi dengan orang bila diagah.
5. Boleh mengiringkan badan.

Saturday, April 2, 2011

Tumpang Dok Ingat..

 
Nappy rash atau ruam lampin biasanya terjadi kat bahagian punggung n celah peha baby yg baru lahir. All my kids also face this problem while they are baby. Paling teruk terkena anak  aku yg sulung si Tuah. Maklumlah anak pertama.. mmg jadi bahan uji kaji kamilah. Jika terdapat sebarang petua atau saranan ubat daripada kwn2 n sedara-mara mesti aku dan suami mencubanya. Alhamdulillah sampai dekat si Teja ni masalah nappy rash ni bukan masalah utama sejak aku gunakan produk BEPANTHEN ni. Biasanya sapu 2,3x ja kat tempat nappy rash tu terus ja hilang. So far ia mmg sesuai dgn kulit Teja.

Thank you to my sponsor... Putra Medical Center

For more details about this product can log on to link below :

Di sini Ada Petua

Ini periuk salah sorang blogger yg hangus akibat terlalu leka dgn fbnya..
Ok kalau sesaper ada masalah dengan periuknya yang hangus terbakar, jangan dibuang pulak periuk tu. Cubalah didihkan air di dalam periuk tersebut seberapa lama yang boleh. Insyaallah lama-kelamaan kesan hangus itu akan tertanggal sikit demi sedikit.

Selamat mencuba!!!

Thursday, March 31, 2011

Yei2x Dah Tukar! Botol Susu Free BPA

Hahaha mama plak yg hepi semcm.. Alhamdulillah akhirnya arini dapat jgk aku beli botol susu baru (free bpa) untuk hero2 n heroin aku neh. Mula2 baca paper tentang isu botol susu polikarbonat  ni aku wat dek ja. Bukannya xmau tukar tapi semenjak ada sikecil ni pergerakan aku jadi  sgt2 terbatas. Lagipun kalu nak ke pasaraya terpaksalah bawak skali tentera2 kecil aku yg  sgt  aktif dan lasak tu. Biasanya kalu pergi pasaraya  dgn  depa  at the end mesti xhappy ending.. huhu. Ni kalu nak cite panjang lg lar neh. So dipendekkan cite org laki ni slalunya bersikap "ada aku kesah?" dalam hal2 cenggini. Kalu mamanya tak 'take action' so budak2 ni lah yg jadi mangsa dek bahan merbahaya yg terdapat dlm botol polikarbonat ni. Anyway, thanks to my freind "Virda" yg telah mengingatkan aku tentang peri pentingnya isu ni.

Inilah dia botol susu yg free bpa. Kalu prasan color dia cam blur ckt xjernih mcm botol polikarbonat

Ini pulak botol2 susu polikarbonat yg bakal masuk dlm tong sampah. ei.. sygnya nak buang!

Aha.. satu lagi kalau nak tau lebih lanjut tentang BPA ni silalah klik pada link yang berikut :
http://en.wikipedia.org/wiki/Bisphenol_A

Saturday, March 12, 2011

Cuti 90 Hari

Dengar macam best ja sebab leh dok lama2 kat umah kan ? tapi hakikatnya "Tuhan saja yang tahu.. perasaanku.. berperang dengan suasana..." (sila baca ikut melodi lagu ni yer, baru ada feel sikit. hehehe)

Masa nak apply cuti sebelum bersalin aritu macam2 aku plan nak wat. Tapi bila dah berada dalam cuti ni masa pantas sangat berlalu. sedaq2 lor.. dah 43 hari, maknanya esok lar last aku berpantang. hoye! hoye! aku akan MERDEKA!3X. so, 1st thing yang aku nak wat ialah bawak anak2 pegi McDonalds.. hum rasanya dah lama sgt xmakan burger McD (Asyik nak makan ja sbb tu badan lambat turun. hahaha).

Nampaknya cuti aku pun dah tinggal separuh ja lagi. Adus.. banyak lagi keja yang tetangguh sebelum besalin aritu. huhuhu.. Dolu2 ingatkan jadi cikgu ni leh lar goyang kaki kat rumah tapi rupanya lagi sibuk dari keja opis. masa keja kat opis dulu cukup masa, letak pen, angkat beg trus balik umah. Esok masuk opis sambung lar balik. Tapi sekarang masa dah time pun dok telenggak kat sekolah lagi. kadang2 sampai kena bawak balik wat kat rumah.

Bayangkan kalu cuti 60hari ja? Hum.. memang xsempatlah nak wat apapun...

Wednesday, March 9, 2011

Sekitar Sambutan Hari Jadi Suami

Ceh.. yoyo or ja tajuk entry aku hari neh. Hehehe..

Petang 3 Mac lepas, kami sekeluarga ke KFC Jalan Stadium. Mula2 mmg plan nak beli kek sekali untuk hubby tapi memandangkan kekangan diri sendiri (xreti bwk keta) n keadaan aku yg masih lg dlm pantang (38 hari). Makanya ke KFC sajalah kami celebrate besday my hubby. Lagipun dah lama sangat aku xmkn KFC. Memang kepingin sgt nak makan. Tapi bila dah mkn seketul pun xlarat nak abeh. Maybe sejak akhir2 ni slalu sgt makan ayam di rumah, so xbrapa nak pulun sgt lah.

Lepas makan KFC aku bawak anak2 main playground dekat luar KFC. Masa tu mmg cuaca agak mendung  sikit. Xsampai 5 minit aku berdiri sambil tgk ank2 dok main, tiba2 hujan turun. Apa lagi semua org yg ada kat situ pakat bertempiaran lari lah ke tempat teduh. Kalu ikut pantang larang, mmg pantang org dlm pantang kena hujan. Rasionalnya mungkin takut sejuk n kemungkinannya akan demam. Masa tu mmg pk nak lari selamatkan diri tapi anak aku Rizky ada gi kat atas playground tu. Aku pun panic jgk sbb Rizky dok nangis nak turun. Nak selamatkan diri dulu ke anak neh? Time tu jgk hujan makin lebat. Lepas tu dengar suara hubby aku jerit "mama mai sini cepat, dok tunggu apa tgh hujan tu?" Masa tu aku tgk muka hubby pun dah lain, aku pun cepat2 lari ke arah hubby aku berdiri n amek Teja dari dia. Hubby aku pun terus lari gi amek Rizky yg tgh nangeh sorg2 dalam hujan tu. Apa lagi lepas tu tahan telinga lah kena marah.. Jauh dalam hati "lorr xkan nak tiggal dik key kat ats tu sorg2 kot.. kalu dia jatuh mcm mn? well..."

Teja yang baru 38 hari
Pura2 happy tapi sebaliknya sedey pasal berat xturun2 lg
Anak bapak..
Sedapnya air pepsi tu... mama nak rasa sikit leh x?
Larat habeh ker seketul tu dik key?

Thursday, March 3, 2011

MY Handphone.. Wajah Baru

Malas betul nak update.. Bukan sebab xdak idea nak tulis tapi bengang sebab website ni emangnya xbole nk tukaq design. Grrr berasap jgk lar hujung jari neh dok adjust. Ater xkan teman nak wat blog baru kot.. Namun aku kuatkan jugak hati ni utk trus "berkarya" agar belog aku ni xjadi besi beruk. hahahah

Ok nak ceta pasal HP tua aku neh.. (Nokia model N6120) masuk ni genaplah umuq dia 3thn (Hampir sebaya ngn umuq rizky). Nampak cam baru lg kan? hehehe sebenaqnya aku baru ja tukaq housing n bateri. Hanya dengan modal Rm30 akhirnya dapat jugak upgrade hp aku neh. Nyaris2 dah aku beli hp baru. Kalu hp baru maunya terbang Rm700-800. ei.. sygnya duit!!! Seb baik lah atas pertimbangan yg wajar maka dapat aku slamatkan duit poket aku. amin...
Nokia 6120 - dapat 2nd price lucky draw masa annual dinner DXN year 2008

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG MAMA TUAH.. JANGAN MALU2, JEMPUTLAH DATANG LAGI...