Siapa Lagi Di Blog Saya




Thursday, March 31, 2011

Yei2x Dah Tukar! Botol Susu Free BPA

Hahaha mama plak yg hepi semcm.. Alhamdulillah akhirnya arini dapat jgk aku beli botol susu baru (free bpa) untuk hero2 n heroin aku neh. Mula2 baca paper tentang isu botol susu polikarbonat  ni aku wat dek ja. Bukannya xmau tukar tapi semenjak ada sikecil ni pergerakan aku jadi  sgt2 terbatas. Lagipun kalu nak ke pasaraya terpaksalah bawak skali tentera2 kecil aku yg  sgt  aktif dan lasak tu. Biasanya kalu pergi pasaraya  dgn  depa  at the end mesti xhappy ending.. huhu. Ni kalu nak cite panjang lg lar neh. So dipendekkan cite org laki ni slalunya bersikap "ada aku kesah?" dalam hal2 cenggini. Kalu mamanya tak 'take action' so budak2 ni lah yg jadi mangsa dek bahan merbahaya yg terdapat dlm botol polikarbonat ni. Anyway, thanks to my freind "Virda" yg telah mengingatkan aku tentang peri pentingnya isu ni.

Inilah dia botol susu yg free bpa. Kalu prasan color dia cam blur ckt xjernih mcm botol polikarbonat

Ini pulak botol2 susu polikarbonat yg bakal masuk dlm tong sampah. ei.. sygnya nak buang!

Aha.. satu lagi kalau nak tau lebih lanjut tentang BPA ni silalah klik pada link yang berikut :
http://en.wikipedia.org/wiki/Bisphenol_A

Saturday, March 12, 2011

Cuti 90 Hari

Dengar macam best ja sebab leh dok lama2 kat umah kan ? tapi hakikatnya "Tuhan saja yang tahu.. perasaanku.. berperang dengan suasana..." (sila baca ikut melodi lagu ni yer, baru ada feel sikit. hehehe)

Masa nak apply cuti sebelum bersalin aritu macam2 aku plan nak wat. Tapi bila dah berada dalam cuti ni masa pantas sangat berlalu. sedaq2 lor.. dah 43 hari, maknanya esok lar last aku berpantang. hoye! hoye! aku akan MERDEKA!3X. so, 1st thing yang aku nak wat ialah bawak anak2 pegi McDonalds.. hum rasanya dah lama sgt xmakan burger McD (Asyik nak makan ja sbb tu badan lambat turun. hahaha).

Nampaknya cuti aku pun dah tinggal separuh ja lagi. Adus.. banyak lagi keja yang tetangguh sebelum besalin aritu. huhuhu.. Dolu2 ingatkan jadi cikgu ni leh lar goyang kaki kat rumah tapi rupanya lagi sibuk dari keja opis. masa keja kat opis dulu cukup masa, letak pen, angkat beg trus balik umah. Esok masuk opis sambung lar balik. Tapi sekarang masa dah time pun dok telenggak kat sekolah lagi. kadang2 sampai kena bawak balik wat kat rumah.

Bayangkan kalu cuti 60hari ja? Hum.. memang xsempatlah nak wat apapun...

Wednesday, March 9, 2011

Sekitar Sambutan Hari Jadi Suami

Ceh.. yoyo or ja tajuk entry aku hari neh. Hehehe..

Petang 3 Mac lepas, kami sekeluarga ke KFC Jalan Stadium. Mula2 mmg plan nak beli kek sekali untuk hubby tapi memandangkan kekangan diri sendiri (xreti bwk keta) n keadaan aku yg masih lg dlm pantang (38 hari). Makanya ke KFC sajalah kami celebrate besday my hubby. Lagipun dah lama sangat aku xmkn KFC. Memang kepingin sgt nak makan. Tapi bila dah mkn seketul pun xlarat nak abeh. Maybe sejak akhir2 ni slalu sgt makan ayam di rumah, so xbrapa nak pulun sgt lah.

Lepas makan KFC aku bawak anak2 main playground dekat luar KFC. Masa tu mmg cuaca agak mendung  sikit. Xsampai 5 minit aku berdiri sambil tgk ank2 dok main, tiba2 hujan turun. Apa lagi semua org yg ada kat situ pakat bertempiaran lari lah ke tempat teduh. Kalu ikut pantang larang, mmg pantang org dlm pantang kena hujan. Rasionalnya mungkin takut sejuk n kemungkinannya akan demam. Masa tu mmg pk nak lari selamatkan diri tapi anak aku Rizky ada gi kat atas playground tu. Aku pun panic jgk sbb Rizky dok nangis nak turun. Nak selamatkan diri dulu ke anak neh? Time tu jgk hujan makin lebat. Lepas tu dengar suara hubby aku jerit "mama mai sini cepat, dok tunggu apa tgh hujan tu?" Masa tu aku tgk muka hubby pun dah lain, aku pun cepat2 lari ke arah hubby aku berdiri n amek Teja dari dia. Hubby aku pun terus lari gi amek Rizky yg tgh nangeh sorg2 dalam hujan tu. Apa lagi lepas tu tahan telinga lah kena marah.. Jauh dalam hati "lorr xkan nak tiggal dik key kat ats tu sorg2 kot.. kalu dia jatuh mcm mn? well..."

Teja yang baru 38 hari
Pura2 happy tapi sebaliknya sedey pasal berat xturun2 lg
Anak bapak..
Sedapnya air pepsi tu... mama nak rasa sikit leh x?
Larat habeh ker seketul tu dik key?

Thursday, March 3, 2011

MY Handphone.. Wajah Baru

Malas betul nak update.. Bukan sebab xdak idea nak tulis tapi bengang sebab website ni emangnya xbole nk tukaq design. Grrr berasap jgk lar hujung jari neh dok adjust. Ater xkan teman nak wat blog baru kot.. Namun aku kuatkan jugak hati ni utk trus "berkarya" agar belog aku ni xjadi besi beruk. hahahah

Ok nak ceta pasal HP tua aku neh.. (Nokia model N6120) masuk ni genaplah umuq dia 3thn (Hampir sebaya ngn umuq rizky). Nampak cam baru lg kan? hehehe sebenaqnya aku baru ja tukaq housing n bateri. Hanya dengan modal Rm30 akhirnya dapat jugak upgrade hp aku neh. Nyaris2 dah aku beli hp baru. Kalu hp baru maunya terbang Rm700-800. ei.. sygnya duit!!! Seb baik lah atas pertimbangan yg wajar maka dapat aku slamatkan duit poket aku. amin...
Nokia 6120 - dapat 2nd price lucky draw masa annual dinner DXN year 2008

Wednesday, February 9, 2011

Berpantang

Teja ni macam ikut muka abah die jer..
Hari ni baru hari ke 13 aku berpantang. Alahai.. lambat gi nak sampai 44 hari. Bukan apa rasa macam "terpenjara" dalam rumah sendiri ja. Ok nak bercerita pasal berpantang ni, macam2 versi n info yang aku dapat terutama sekali tentang bab makanan. Ada yang kata ikan kembong xble mkn pasal takut gatal.. Ada jgk yg ckp ikan bilis boleh makan.. Biasalah, bak pepatah kata 'lain padang, lainlah belalang'. Kalau ikut org tua dulu2 mmg cara berpantang mereka sgt ketat. Bayangkan air masak xboleh minum langsung, asyik minum air akar kayu ja. Dah tu siap kena berdiang kat sebelah api lagi. Kalau ikut cakap doktor plak, mcm2 benda leh mkn. Hum.. kalau difikir2 betoi jgk ckp doktor tu kan. Abeh kalu suma benda xleh mkn khasiat apa ja yang kita dapat kalu hari2 mkn nasi kosong dgn ikan kering ja? Makan, makan jugak tapi kena ingat makanan sejuk n angin macam bayam, labu, kundur, kangkung, timun, pisang, nangka, ubi, cendawan, kacang panjang, terung dsb mmg xboleh mkn lg. Tahaq lar sat..

Gambaq hiasa jer ni.. lepas abeh pantang baru leh makan suma sayur2 dalam gamba ni tau!
Bertunku, mandi air akar kayu dan mengurut mmg dah jadi amalan masyarakat kita sejak dulu2 lagi. Bagi ibu2 yang bersalin secara normal mmg xdapat lari dari tiga aktiviti yang wajib kena wat dalam tempoh berpantang 44 hari neh. Kekerapan bertunku bergantung jgk pada kerajinan aku lah. Biasanya 2-3x ja sehari. Hehehe. Hum.. mengurut plak, insyaallah minggu ni aku akan balik mengurut di kampung. Bukan sebab kat sini xdak bidan yang berkebolehan, sebab dah terlanjur masa balik kampung minggu lepas aku mengalami bengkak susu yg kritikal. So terpaksalah mintak bantuan bidan di sana untuk mengurut bahagian tersebut..  Alhamdulillah sekarang dah ok n baby pun boleh menyusu dengan lancar.

Inilah tunku seberat 5kati yang aku guna untuk menunku perut
Selain amalan-amalan di atas, aku jugak tak miss untuk makan ubat@jamu. Ubat@jamu ni mmg penting untuk nak pulihkan luka-luka dalaman dan jugak untuk kembalikan tenaga selepas bersalin. Maklumlah proses nak melahirkan anak ni sangat susah dan menyakitkan silap haribulan nyawa pun buleh melayang. Selain makan ubat yang hospital bekalkan aku jugak mengambil produk bersalin keluaran Syarikat Leesa Kosmetik dan DCL. Since anak kedua lagi aku dah guna produk ni dan alhamdulillah kesannya amat memuaskan. Apa yang penting ia sesuai untuk ibu dan anak.


ubat & jamu wajib kena makan baru cepat sembuh


Sunday, February 6, 2011

Apa Ada Pada Nama?


Alhamdulillah... akhirnya pada 29 Jan yang lalu aku selamat melahirkan anak yang ketiga dan yang paling gembira sekali dapat jugak aku dan suami menimang seorang puteri yang kami namakan TEJA NUR MADINAH. Kalau ada yang bertanya apa maksud teja? Teja bermaksud pelangi.. (mengikut kamus dewan). Tapi kalu dalam Bahasa Arab tak pastilah plak. Bukanlah maksud kami ni tak buat ulangkaji dulu sebelum bagi nama anak. Tetapi memandangkan suami terlampau "berkenan" bangat ngan nama teja since dari anak sulung lagi dah dok berangan nak letak nama tu untuk anak pompuan kami. Akhirnya dapat ditunaikan jugak hasrat suami yang satu tu. Apapun buat suamiku "please jaga kami bebaik k..." hehehe

Actually bukanlah niat nak menunjuk-nunjuk tentang nama anak kami ni. Aku hanya sekadar nak berkongsi kegembiraan dengan kalian di luar sana. Maklumlah hampir sembilan bulan aku menanggung azab "morning sickness" sampai rasa cam tak mau dah pregnen lepas ni. Patutlah simptom2 masa pregnen pun lain sikit kali ni. Rupanya yang keluar pun memang lain jugak.
Buat anak2 mama Tuah & Rizky, jaga adik baik2 k..

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG MAMA TUAH.. JANGAN MALU2, JEMPUTLAH DATANG LAGI...